Sentosa Jaya Capital Sdn. Bhd, sebuah syarikat kewangan berlesen, hari ini mengumumkan pelancaran kempen istimewa #ZeroChargesZeroWorries melalui platform digitalnya, Saham2u. Inisiatif ini memberi peluang kepada pemegang saham mendapatkan kecairan tunai tanpa sebarang faedah, caj atau yuran tersembunyi.
Menurut Ketua Operasi Saham2u, Noor Hazimah Sain, kempen ini direka untuk memudahkan pelabur individu mencairkan nilai pegangan saham mereka secara patuh syariah dan selamat.

Ketua Operasi Saham2u, Noor Hazimah Sain
“Melalui kempen ini, kami membuka peluang kepada pelabur untuk mencairkan nilai portfolio mereka tanpa sebarang beban faedah, sekali gus memberi modal kerja segera tanpa caj tersembunyi. Kami percaya konsep ini akan membantu lebih ramai pelabur mengurus kecairan kewangan secara ringkas, selamat dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” katanya.
Kempen yang berlangsung sehingga 23 Disember 2025 ini menawarkan pinjaman tunai sehingga RM5,000 untuk pemegang saham yang memilih untuk mencagarkan saham mereka melalui platform Saham2u.
Sebagai sebuah platform fintech, Saham2u membolehkan pengguna mendapatkan kecairan segera tanpa perlu menjual pegangan saham — satu solusi alternatif bagi mereka yang mahu mengekalkan pegangan jangka panjang sambil memenuhi keperluan tunai jangka pendek.
Saham2u dilancarkan secara rasmi tahun lalu di Menara Kuala Lumpur oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur tempatan sejak penubuhannya.
Menurut Hazimah, kempen #ZeroChargesZeroWorries dijangka menarik lebih 500 pelanggan baharu secara dalam talian menjelang akhir 2025.
“Kami mahu lebih ramai pemegang saham mengetahui tentang kemudahan mencairkan saham tanpa perlu menjual, seperti yang ditawarkan di Saham2u, dan meraih manfaat daripadanya,” tambahnya.