-Nikmati Durian Premium Dalam Suasana Santai
PUTRAJAYA, 7 Julai 2026 – Berita gembira buat peminat durian! Musim Raja Buah kembali lagi dan Palm Garden Hotel, Putrajaya, sebuah hotel di bawah Tribute Portfolio, sekali lagi menganjurkan Durian Hub 2026 di Palms Café Terrace. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini tampil lebih menarik dengan konsep santai di samping memperkenalkan pakej korporat baharu yang pastinya memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.
Bagi kalian yang sedang mencari lokasi terbaik untuk menikmati durian bersama keluarga atau rakan-rakan, Palms Café Terrace menawarkan suasana al-fresco yang nyaman dan dikelilingi kehijauan landskap resort.

Durian Hub dibuka pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam, sepanjang Julai hingga September, tertakluk kepada stok durian yang masih ada. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pilihan durian premium yang disajikan terus selepas dikopek bagi memastikan keenakan setiap ulas dapat dinikmati pada tahap terbaik.
Sesi makan durian ini terbuka kepada semua tetamu hotel serta orang awam. Ahli Club IOI, kakitangan IOI dan rakan sekutu hotel termasuk Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya, Moxy Putrajaya dan Four Points by Sheraton Puchong turut menikmati keistimewaan eksklusif sepanjang penganjuran Durian Hub.
Selain menikmati pelbagai varieti durian, pengunjung juga boleh memesan aneka hidangan à la carte serta pilihan minuman daripada Palms Café untuk melengkapkan lagi pengalaman bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukan sekadar jamuan durian biasa, Palm Garden Hotel turut memperkenalkan pakej “Durian Meeting Escape”, khas untuk pelanggan korporat yang ingin memberikan pengalaman berbeza kepada peserta mesyuarat, seminar atau persidangan.

Menerusi pakej ini, hidangan minum petang yang lazimnya terdiri daripada kopi dan pastri digantikan dengan sajian durian segar bersama ais kacang kegemaran ramai. Idea kreatif ini bukan sahaja memberikan kelainan malah menjadikan sesi selepas mesyuarat lebih santai, menyeronokkan dan pastinya meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.
Penganjuran Durian Hub merupakan antara tradisi tahunan Palm Garden Hotel untuk memeriahkan musim durian di Malaysia. Acara ini bukan sahaja menjadi destinasi pilihan penggemar Raja Buah, malah menjadi ruang untuk menghimpunkan tetamu hotel, penduduk setempat dan komuniti sekitar menikmati musim durian dalam suasana resort yang tenang dan selesa.