Saturday, May 9, 2026

HONESTY BOOK OF RECORDS KE-22 CATAT KEJAYAAN GEMILANG, PERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN GLOBAL

Share

-Buka Peluang Baharu di Asia Pasifik 

PUTRAJAYA_ Asia Pacific International HONESTY BOOK OF RECORDS edisi ke-22 yang dianjurkan serentak bersama Majlis Penyampaian Anugerah Asia Pacific Top Recognition berlangsung penuh gemilang di Putrajaya Marriott Hotel di sini baru-baru ini.

Penganjurannya mengukuhkan lagi kedudukan platform berprestij itu sebagai medan pengiktirafan antarabangsa kepada jenama, syarikat dan tokoh korporat yang mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing di rantau Asia Pasifik.

Ia bukan sekadar meraikan pencapaian dunia korporat malah turut membuka lembaran baharu dalam memperluaskan kerjasama strategik rentas sempadan apabila menghimpunkan delegasi, pemimpin industri, pelabur, usahawan dan tetamu kehormat dari pelbagai negara termasuk United States, China, Singapore, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Cyprus, Taiwan serta Hong Kong.

Kehadiran delegasi antarabangsa itu sekali gus membuktikan pengaruh dan kredibiliti acara berkenaan yang terus berkembang sebagai jambatan penting dalam mempertemukan komuniti perniagaan global.

Majlis pembukaan dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Dr. Ly Thuch yang juga Menteri Kanan Kerajaan Kemboja merangkap Presiden Jawatankuasa Kebangsaan bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik, bersama Tengku Dr. Jaril Tengku Sulaiman, Chhit Kim Yeat serta Hasnizal Hassan, selain disaksikan barisan tokoh perniagaan, pemimpin industri dan wakil organisasi antarabangsa.

Turut hadir memeriahkan acara termasuk penasihat kanan, ahli akademik, pemimpin industri serta wakil pelbagai organisasi antarabangsa termasuk persatuan perdagangan, sektor penjagaan kesihatan, industri hospitaliti dan rangkaian pelaburan global.

Acara berkenaan menjadi platform strategik yang bukan sahaja meraikan pencapaian tetapi turut membuka ruang kepada kerjasama perniagaan yang lebih luas dan mampan.

Selepas melalui persaingan sengit serta proses penilaian menyeluruh oleh panel profesional, sebanyak 48 anugerah berjaya disampaikan pada edisi kali ini melibatkan pelbagai kategori utama.

Rermasuk Honesty Enterprise, Honesty Brand, Honesty Entrepreneur, Honesty Service Quality, Asia Pacific TOP Excellence Brand, Asia Pacific TOP Excellence Enterprise, Asia Pacific Health Ambassador, Asia 100 Favourite Product, Asia Pacific TOP Golden Brand Products, Asia Pacific TOP Super Team, Asia Pacific Super Health Brand, Asia Pacific TOP Women Entrepreneurs dan Asia Pacific TOP Excellence Service.

Antara penerima pengiktirafan utama ialah Akiva Lavoncio yang dinobatkan sebagai penerima Honesty Brand, manakala Dr. Abdullah Bin Alias mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima dua pengiktirafan serentak menerusi anugerah Asia Pacific Health Ambassador dan Super Health Brand.

Dr. Abdullah Bin Alias mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima dua pengiktirafan serentak menerusi anugerah Asia Pacific Health Ambassador dan Super Health Brand.

Kedua-dua tokoh korporat tersebut turut dijemput sebagai penceramah jemputan khas bagi berkongsi pengalaman, cabaran serta strategi membina jenama dan mengembangkan operasi perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Sesi perkongsian berkenaan mendapat sambutan hangat daripada para hadirin yang terdiri daripada usahawan, pelabur serta pemain industri dari dalam dan luar negara.

Sebagai sebahagian daripada pengiktirafan yang diterima, syarikat-syarikat pemenang akan dipaparkan dalam penerbitan rasmi Asia Pacific International HONESTY BOOK OF RECORDS. Pastinya enjadi simbol pencapaian dan rujukan kepada komuniti perniagaan serantau. Pada masa sama, sesi temu bual eksklusif bersama para penerima anugerah turut dijalankan bagi merakam kisah kejayaan, cabaran dan inspirasi mereka untuk dikongsikan kepada generasi usahawan seterusnya.

Dalam perkembangan penting yang mencuri perhatian, APC turut mengumumkan penubuhan sekretariat baharu di Chengdu bagi Asia Pacific TOP Excellence Brand Committee.

Perkembangan ini sebagai langkah strategik dalam memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan China selain membuka lebih banyak peluang integrasi sumber, kerjasama ekonomi serta akses pasaran kepada perusahaan yang ingin menembusi pasaran Asia Pasifik secara lebih agresif.

Bagi merealisasikan misi tersebut, Page Wang Pei dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Jiang Lai sebagai Timbalan Setiausaha Agung jawatankuasa persediaan sekretariat berkenaan.

Sejak penubuhannya lebih 26 tahun lalu, APC terus menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dengan sokongan pemimpin industri dan tokoh korporat antarabangsa.

Dalam majlis sama, Dr. Ly Thuch turut dilantik sebagai Pengerusi Kehormat APC manakala Darren Teng menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kehormat dan Wang Jinchu dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa.

Sementara itu,  Cambodia National Federation of Trade and Investment Promotion Association dan Sichuan Healthcare Association turut diiktiraf sebagai rakan strategik antarabangsa APC, sekali gus memperkukuh lagi jaringan kerjasama serantau yang sedang dibina.

Majlis turut menyaksikan beberapa kerjasama strategik dan pemeteraian memorandum persefahaman yang dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi serantau.

Antaranya kerjasama antara APC dan Sichuan Healthcare Association dalam usaha mengintegrasikan pasaran ASEAN dengan industri kesihatan Sichuan, termasuk penganjuran ekspo FWellness 2026 yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 di Chengdu, China.

Selain itu, APC turut menjalin kerjasama dengan Wonder Digital Capital dalam bidang kewangan digital, termasuk pelancaran kad Visa eksklusif bagi memudahkan transaksi global.

Guangdong Chuangqi Trading Group memperkenalkan Chuangqi Metaverse, sebuah ekosistem digital yang menghubungkan pengguna, peniaga dan pengeluar melalui teknologi Internet of Things, Big Data dan kecerdasan buatan.

Dalam sektor makanan, APC turut mengorak langkah membawa hidangan tradisional mi daging lembu Lanzhou ke pasaran negara ini untuk memperkukuh pertukaran budaya, hubungan ekonomi serta peluang komersial antara Malaysia dan China.

Majlis berakhir dalam suasana penuh gemilang dengan pertunjukan bunga api yang menceriakan langit malam, disusuli tepukan gemuruh para hadirin sebagai simbol kejayaan penganjuran acara berprestij itu.

Susulan kejayaan tersebut, APC dijadual menganjurkan sesi APC International Business Matching Gathering di ibu pejabatnya dalam masa terdekat bagi membuka lebih banyak peluang jaringan, pelaburan dan kerjasama strategik kepada komuniti perniagaan antarabangsa.

 

Berita Lain..

Berita Tempatan