Saturday, May 23, 2026

IKHLAS.COM AJAK RAKYAT MALAYSIA “JALAN DEKAT-DEKAT JE”

Share

Deposit serendah RM365

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan kos hidup yang semakin menjadi perhatian ramai, perancangan bercuti kini tidak lagi perlu membebankan poket, malah boleh dilakukan dengan lebih santai, mudah dan teratur.

Menyedari keperluan itu, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd menerusi ikhlas.com tampil memperkenalkan kempen terbaharu, ‘Jalan Dekat-Dekat Je’, yang menawarkan pakej percutian persendirian bebas tekanan khusus buat rakyat Malaysia yang mahukan percutian berkualiti pada harga berpatutan.

Dalam kenyataan medianya baru-baru ini, kempen tersebut memberi tumpuan kepada destinasi serantau yang menjadi pilihan ramai seperti Indonesia dan Vietnam, dengan setiap pakej disusun secara komprehensif bagi memenuhi keperluan kumpulan kecil mahupun besar.

Menariknya, pakej yang ditawarkan bukan sekadar tiket perjalanan, malah merangkumi pengangkutan dari lapangan terbang, kenderaan peribadi bersama pemandu pelancong, penginapan, sajian penuh harian serta tiket masuk ke lokasi pelancongan terpilih.

Lebih menarik, rakyat Malaysia kini boleh mula merancang percutian tanpa perlu mengeluarkan kos besar di peringkat awal apabila tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM365 seorang.

Bagi destinasi Indonesia, kempen itu hadir dengan promosi Beli 4, Diskaun RM1,000’ untuk minimum empat pengembara, menawarkan pilihan percutian ke Lombok selama empat hari tiga malam, Jogjakarta, Jakarta-Bandung serta Labuan Bajo pada harga bermula RM1,490 seorang.

Promosi tersebut berlangsung sehingga 20 Mei 2026.

Selepas itu, tumpuan beralih ke Vietnam dengan pilihan destinasi menarik seperti Ho Chi Minh City, Da Nang dan Hoi An, Phu Quoc serta Hanoi dan Ha Long Bay, dengan harga bermula serendah RM1,350 seorang.

Promosi bagi destinasi Vietnam pula berlangsung dari 21 Mei hingga 11 Jun 2026.

Menurut pihak syarikat, pelanggan boleh membuat tempahan sekarang untuk percutian sehingga 31 Disember 2026, sekali gus memberi fleksibiliti kepada keluarga, pasangan mahupun kumpulan rakan-rakan merancang percutian sempena cuti sekolah, hujung minggu atau percutian spontan.

Ditubuhkan pada tahun 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan pelancongan mesra Muslim di bawah Capital A Berhad yang menawarkan perkhidmatan perjalanan, umrah serta pelbagai solusi patuh syariah termasuk zakat, qurban, aqiqah, sedekah dan fidyah.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui platform rasmi IKHLAS.

*Jauh berjalan luas pandangan

@editor

Berita Lain..

Berita Tempatan